LATAR BELAKANG

Unit Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) dan Sustainable Coorperative Business Group (SCBG), UiTM Cawangan Sarawak diberi tanggungjawab untuk menyelaras Program SaYBIC 25 oleh Kementerian Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) bagi melaksanakan aspirasi MYSED untuk melahirkan usahawan berjaya dikalangan Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan Institusi Latihan Perindustrian (ILP) yang ada di Sarawak dengan meyediakan platform dan memberi sokongan kepada mereka. Pelaksanaan usaha ini dilihat memenuhi aspirasi Pembangunan Mampan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menggariskan 17 matlamat di mana matlamat ‘pendidikan berkualiti’ menjadi rujukan agenda Unit MASMED UiTM Cawangan Sarawak dalam mengelola penganjuran pertandingan SaYBIC 25/26.

Peluang menganjurkan SaYBIC 25 bakal menjadi salah satu medium dalam menjalin kerjasama dan ilmu perkongsian serta jaringan perniagaan buat pelajar-pelajar IPT dan ILP di Sarawak. Ini semestinya membuka peluang lebih luas buat para pelajar tanpa mengira kelompok keusahawanan mereka, merangkumi pelbagai bidang.

OBJEKTIF Kami

SaYBIC 25/26 dirangka dalam mendepani usaha MYSED dengan kerjasama Unit MASMED dan SCBG, UiTM Cawangan Sarawak:

  • Sebagai medium dalam berkongsi dan menjana idea keusahawanan, inovasi, dan model bisnes yang mampan daripada belia-belia di Sarawak, yang turut memberi impak positif kepada komuniti melalui pendekatan keusahawanan sosial.
  • Memupuk minat belia-belia Sarawak membina empayar perniagaan secara kreatif, inovatif, dan bertanggungjawab sosial, dengan fokus kepada penyelesaian masalah komuniti dan pembangunan mampan.
  • Melahirkan lebih ramai usahawan belia yang bergiat aktif dalam meningkatkan sumber ekonomi di Sarawak, seiring dengan polisi kerajaan dalam matlamat pembangunan mampan, termasuk objektif ke-8 iaitu pekerjaan baik dan kemajuan ekonomi, serta menyokong kesejahteraan sosial melalui perniagaan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
  • Melatih dan membimbing serta melahirkan lebih banyak syarikat pemula (startup) di kalangan belia Sarawak yang berasaskan inovasi, kreativiti, dan tanggungjawab sosial, untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan menyelesaikan cabaran sosial.

SEPT 2025 - MEI 2026

Kuching, Sibu, Miri Sarawak
MALAYSIA

100
Peserta

03
Zon

Muat Turun Sijil

Kategori / Zon Pautan Dokumen
Zon 1 Buka Folder Zon 1
Zon 2 Buka Folder Zon 2
Zon 3 Buka Folder Zon 3
Pembentang Terbaik Buka Folder Pembentang

Rakan Penganjur

Akan dikemaskini

SENARAI PESERTA AKHIR

ZON 1

Nama Nama Projek Institusi Kategori Zon
Gerald Mutang Jamat Eco-Friendly Soap UiTM Samarahan Teknologi dan Industri 1
Rovenna Rynn Anak Kerani Krepek Gunting Bunga Kantan Kolej Vokasional Matang Pertanian & Penternakan 1
Farah Hafuza Binti Mohd Sahid Biskut Kacang Ma Kolej Vokasional Matang Pertanian & Penternakan 1
Mohamad Jazlan Bin Mohamad Jiwa Biorenew Repellent UiTM Samarahan Pertanian & Penternakan 1
Luke Owen Facepresence Unimas Teknologi dan Industri 1

ZON 2

Nama Nama Projek Institusi Kategori Zon
Muhamad Haziq Haiqal Bin Wasli Borneo Legacy Emas Pusa Politeknik Metro Betong Sarawak Pertanian & Penternakan 2
Vernice Antie Anak Saong LibrosMax UiTM Mukah Teknologi dan Industri 2
Emily Adriana Binti Saini FLOC START ( Biofloc Starter Kit ) UiTM Mukah Pertanian & Penternakan 2
Nurhidayatul Ishak binti Abdullah FurCare+ UTS Perkhidmatan 2
Victor Leo Usong Jelajahi Jantung Budaya Iban Pengembaraan Nanga Mujau, Betong Politeknik Metro Betong Sarawak Perkhidmatan 2

ZON 3

Nama Nama Projek Institusi Kategori Zon
Maxwell Boy Anak John Sambal Tahai Buah Dabai Kolej Vokasional Bintulu Pertanian & Penternakan 3
Mary Ann Anak Leo Balm Aroma Minda Kolej Vokasional Bintulu Pertanian & Penternakan 3

PEMBENTANG TERBAIK

Nama Nama Projek Institusi Kategori Zon
Maxwell Boy Anak John Sambal Tahai Buah Dabai Kolej Vokasional Bintulu Pertanian & Penternakan 3
Muhamad Haziq Haiqal Bin Wasli Borneo Legacy Emas Pusa Politeknik Metro Betong Sarawak Pertanian & Penternakan 2
Luke Owen Facepresence Unimas Teknologi dan Industri 1

Galleri

Lokasi

UiTM Sarawak, Kampus Samarahan
Sarawak
Malaysia
Email: aqmalroslan@uitm.edu.my