Project Title Sistem Pengurusan Aduan Merokok (SPARK)
Project Category Innovation
Abstract Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengumumkan hasrat untuk memperluaskan kawasan larangan merokok di semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) pada 8hb Januari 2019. Usaha ini perlu sokongan di semua IPT Malaysia. Universiti Tekonologi MARA, Cawangan Sarawak (UiTMCS) turut memberi sokongan dengan turut aktif menggerakkan kempen larangan merokok di semua kampusnya menerusi kempen Pensijilan Blue Ribbon. Namun begitu, UiTMCS menghadapi masalah pengurusan isu merokok dalam kampus yang mana tiada sistem khas untuk melaporkan kesalahan merokok di dalam kampus, merekod tindakan yang telah diambil, dan menyimpan data yang berkenaan, secara efisien dan sistematik. Justeru itu, Kumpulan kami telah membangunkan Sistem Pengurusan Aduan Merokok atau SPARK untuk menyelesaikan masalah di atas. Kesemua urusan isu merokok daripada melapor kes merokok di dalam kampus sehingga ke peringkat pengurusan tindakan dan rekod isu adalah diurus di atas talian melalui SPARK. Oleh itu, SPARK memberi fleksibiliti dari segi masa dan lokasi pengguna. Sistem ini memudahkan aduan dibuat dan diurus dengan lebih baik dan telus, di samping menyokong usaha UiTMCS khususnya ke arah kampus bebas asap rokok dan kerajaan amnya ke arah mewujudkan masyarakat sihat. Kempen ini juga menyokong Sustainable Development Goals (SDGs) oleh United Nations iaitu Goal 3 Good Health and Well-being.
Validation Status Validated
Validation Date 2020-07-16

 

Staff Status
Syah Runniza binti Ahmad Bakri Leader
Nor Hazizah Binti Julaihi Member
Ling Siew Ching Member
Ling Siew Eng, Dr Member
Liew Chin Ying, Dr. Member
Liew Lee Hung Member

 

Event Name Event Date Event Level Achievement Event Venue
Invention, Innovation and Design Pre-Selection Competition 2019-07-26 Campus Participation UiTM Sarawak, Campus Samarahan