Abstract |
Khutbah Jumaat merupaksan salah satu daripada syarat sah solat Jumaat
dan setiap lelaki Islam yang telah baligh wajib mendengar khutbah ketika
menunaikan solat Jumaat. Kebanyakan Jabatan kemajuan Islam Malaysia
dan Jabatan Agama Islam Negeri di Malaysia telahpun mempunyai laman
sesawang masing-masing. Setiap laman sesawang tersebut turut
menyediakan aplikasi muat turun khutbah. Namun, proses mendapatkan
khutbah di laman sesawang tersebut memerlukan bantuan dan kelajuan
internet serta memerlukan kertas dan pencetak bagi memudahkan khatib.
Bagi individu yang dikehendaki berkhutbah dengan segera atau secara
mengejut di mana-mana masjid di luar bandar pula, ia memerlukan proses
muat turun, kelajuan internet dan mesin pencetak. Oleh itu, kewujudan
aplikasi e-Khutbah mengatasi kesemua masalah tersebut dan berusaha
untuk memanfaatkan teknologi bagi memudahkan urusan ibadah kepada
Allah SWT. Aplikasi ini bertujuan untuk memudahkan khatib atau golongan
agamawan untuk menyampaikan khutbah di mana-mana masjid di kawasan
yang tiada liputan internet sama ada dalam keadaan mengejut atau segera.
Selain itu, ia bertujuan untuk memudahkan golongan agamawan atau khatib
kerana tidak perlu membawa kertas atau teks khutbah dan hanya perlu
membawa telefon pintar sahaja. Aplikasi e-Khutbah juga bertujuan untuk
membantu pihak masjid atau khatib menjimatkan wang dengan hanya
memuat turun aplikasi e-khutbah tanpa perlu pergi atau berurusan di mana-
mana Jabatan Agama Islam Negeri untuk mengambil teks khutbah. Dalam
konteks Universiti Teknologi MARA pula, aplikasi e-Khutbah bertujuan untuk
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Pengurusan
Institusi Masjid (Kod Kursus HKR113). |