Project Title SoHa-kit
Project Category Innovation
Abstract Kesukaran untuk mendapat panduan yang komprehensif dan menarik berkaitan dengan taharah dan solat dalam kalangan masyarakat awam merupakan salah satu faktor yang mendorong kebanyakan muslim meninggalkan solat semasa sakit, musafir atau darurat. Selain itu, faktor lain yang menyebabkan solat diabaikan kerana tiadanya pengetahuan berkaitan dengan taharah dan solat bagi pesakit, musafir dan darurat. Walaupun terdapat panduan berkenaan taharah dan solat dalam keadaan sakit atau darurat, namun ia berbentuk buku. Terdapat juga panduan secara atas talian, namun kebanyakan panduan tersebut berpisah-pisah seperti taharah dalam laman sesawang yang lain manakala solat pula dalam laman sesawang yang lain. Kebanyakan panduan wuduk dan solat diterangkan secara umum dan tidak komprehensif serta tidak berdasarkan keadaan sebenar pesakit. Oleh itu, objektif utama aplikasi SoHa-kit adalah untuk memperkasakan pengetahuan, kefahaman dan amali pelajar dan masyarakat awam terhadap konsep taharah serta solat ketika sakit berdasarkan keadaan pesakit atau keadaan darurat. Di samping itu, aplikasi ini juga dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas berkaitan dengan taharah dan solat berdasarkan keadaan pesakit. Ia juga bertujuan meningkatkan keberkesanan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kerana aplikasi interaktif ini mudah dimuat turun daripada internet dan diakses oleh pelajar yang rata-rata mempunyai telefon pintar. Pembangunan aplikasi ini terhasil daripada program Bengkel Amali Toharah Dan Solat Pesakit dalam kalangan pelajar Program Diploma Kejururawatan (HS110) dan Diploma Pengurusan Halal (IC120) di UiTM Sarawak. Kaedah pengumpulan data yang digunakan bagi menilai kefahaman pelajar terhadap taharah dan solat ketika sakit menggunakan kaedah campuran. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan perisian Macromedia Director. Oleh yang demikian, aplikasi ini dapat membimbing masyarakat awam dan pelajar untuk menunaikan kewajipan dalam keadaan sakit atau darurat. Ia juga sebagai nilai tambah kepada pelajar Program Diploma Kejururawatan (HS110) untuk mereka membimbing pesakit menunaikan ibadah solat ketika dirawat di hospital selain memberi rawatan dalam aspek penjagaan klinikal. Ia juga sebahagian daripada usaha untuk melahirkan graduan universiti yang berkualiti sekaligus memenuhi aspirasi Kementerian Pendidikan Tinggi melaksanakan lebih banyak transformasi pendidikan tinggi sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat. Aplikasi yang komprehensif ini menggabungkan antara taharah dan solat, isu serta menjelaskan dengan terperinci kaedah taharah dan solat berdasarkan keadaan sebenar pesakit.
Validation Status Validated
Validation Date 2020-02-29

 

Staff Status
Saimi bin Bujang, Prof Madya. Dr Leader
Noranizah binti Yusuf Member
Ismariani binti Ismail Member
Naini binti Junaidi Member
Noor Ain binti Mohd Noor Member

 

Event Name Event Date Event Level Achievement Event Venue
Breakthrough Invention, Innovation and Design Exhibition (BiiDE) 2019 2020-02-27 National Bronze Dewan Titiwangsa,Universiti Teknologi MARA, Cawangan Pahang Branch, Kampus Raub