Abstract |
Sistem bumbung yang ada sekarang adalah sistem yang ‘fixed' iaitu ia tidak
dapat digerak, dialih atau dilipat. Keadaan ini menyebabkan sebarang
perubahan atau pengubahsuaian sukar dilakukan terutamanya pada
bangunan pencakar langit. Bumbung yang akan dihasilkan daripada konsep
ini akan dapat digerakkan mengikut rentak muzik dengan kilauan cahaya
(‘dancing roof’). Ciri-ciri lipatan dan juga bahan pembinaan bumbung dengan
menggunakan bahan ringan. Aplikasi bumbung jenis ini dapat mengubah
persepsi asal masyarakat terhadap bumbung yang ada sebelum ini. Dengan
menggunakan konsep tersebut berbagai rekabentuk bumbung yang menarik,
moden dan futuristic dapat dihasilkan. Sesuai diaplikasikan oleh kontraktor
bangunan yang terlibat dalam pembinaan bumbung bangunan tinggi, rendah
dan juga gerai yang kecil. Belum terdapat didunia bumbung sebegini dan ia
memberi sumbangan yang sungguh bermakna kepada alam rekacipta
(arkitek), juga sebagai penyumbang kepada lanskap dan juga pembekal
tenaga solar. Kos operasi rendah kerana pergerakan bumbung dijanakan
dengan menggunakan tenaga hidrolik, electromagnet, solar, hybrid dan juga
angin. Pergerakan tersebut dapat dilakukan pada bahagian tertentu bumbung
atau keseluruhannya, ini bergantung kepada permintaan pelanggan. |