Project Title SMART I-COLLEGE
Project Category Innovation
Abstract Smart I-College merupakan satu sistem dimana para pelajar UiTM Cawangan Sarawak dapat mengakses butiran peribadi mereka untuk kelayakan mendapat kolej. Idea ini terhasil daripada masalah yang sering berlaku dalam kalangan para pelajar dimana mereka sukar untuk mendapatkan tempat kediaman di asrama disebabkan jumlah pelajar adalah lebih dari jumlah tempat kediaman hostel yang disediakan. Dengan adanya sistem ini, ia akan lebih memudahkan para pelajar untuk menyemak status mendapatkan kediaman. Sistem ini juga dapat mengira kelayakan setiap pelajar melalui beberapa kriteria seperti aktiviti yang terlibat samada peringkat universiti, jarak universiti dari rumah, pendapatan keluarga dan akademik. Sistem ini berfungsi dengan cara mengira merit yang dikumpul oleh pelajar sepanjang tempoh pengajian. Di samping itu, sistem ini dapat membakar semangat pelajar untuk mengikuti setiap aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti untuk mendapatkan markah merit yang tinggi. Sehubungan dengan itu, sistem ini juga dapat meningkatkan lagi tahap persaingan yang sihat di kalangan para pelajar. Justeru, para pelajar dapat meningkatkan perkembangan akademik mereka dan disamping itu dapat melestarikan sistem teknologi yang terdapat dalam UiTM.
Validation Status Validated
Validation Date 2018-01-10

 

Staff Status
Noor Azland bin Jainudin Leader

 

Event Name Event Date Event Level Achievement Event Venue
Program Eksplorasi Rekacipta (PEREKA 2017) 2017-12-04 Campus Participation DEWAN JUBLI, UITM SARAWAK